Lee Kang-in Raih Trofi Pertama Di Perancis
Asia
Paris Saint-Germain
Advertisements

Bintang baru Korea Selatan dan Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang-in bakal tampil bersemangat dalam aksi Piala Asia 2023.

Ini disebabkan bekas bintang Real Mallorca itu membantu PSG menggondol gelaran juara Trophee Des Champions awal pagi tadi.

Selepas senarai skuad Korea Selatan ke Piala Asia 2023 diumumkan, hampir semua pemain telah melapor diri kecuali Kang-in. Beliau diberi kelonggaran untuk melapor diri lewat selepas mendapat keizinan jurulatih Jerman, Jurgen Klinsmann.

Advertisements

Kang-in membuktikan dirinya sebagai permata baru PSG dengan meletakkan mereka di hadapan pada minit ketiga.

Kapten Perancis, Kylian Mbappe memastikan kemenangan milik Les Parisien dengan gol kedua pada minit ke-44. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini gelaran juara pertama yang diraih Kang-in dalam kariernya sebagai pemain bola sepak profesional. Beliau sebelum ini turut meraih pingat emas Sukan Asia 2023 bersama skuad Korea Selatan Bawah 24 Tahun (B-24).

Advertisements

Kejayaan ini bakal memberi dorongan kepada Kang-in untuk tampil cemerlang bersama skuad senior Korea Selatan.

Pahlawan Taeguk bakal menempuh aksi pemanas badan menentang Iraq pada 6 Januari di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Setelah itu, kemampuan Kang-in dan Korea Selatan bakal diuji menerusi aksi pertama Kumpulan E. Mereka akan turun menentang Bahrain pada 15 Januari 2024 di Stadium Jassim bin Hamad, Al-Rayyan, Qatar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram