Lee Tuck Bawa Haluan Baru Selepas Tinggalkan Liga Malaysia
MakanBola
Team Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck berkongsi haluan baharu yang diceburinya selepas tidak lagi bersama mana-mana pasukan di Liga Malaysia.

Bintang berusia 36 tahun itu kali terakhir menyarung jersi Kedah Darul Aman FC namun membuat keputusan untuk menamatkan kontrak lebih awal atas persetujuan bersama.

Beliau juga membuat keputudan untuk pulang ke negara kelahirannya, England sekaligus menguatkan spekulasi bahawa dirinya tidak lagi beraksi secara profesional.

Ad

Menerusi satu hantaran terbaru di laman Instagram beliau, bekas pemain Negeri Sembilan ini kini bergelar seorang ejen hartanah berjaya di sana.

Ad

Beliau yang baru sahaja selesai sesi perkongsian mengenai perjalanannya dan juga memberikan tips terbaik kepada ejen yang lain.

“Semalam saya berkongsi dengan kumpulan contoh hartanah tentang cara kami membangunkan hartanah dan membina perniagaan di UK sambil tinggal di kawasan yang lain.”

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by LEE TUCK (@lee__tuck)

Ad

Sebelum ini, beliau dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lamanya, Halifax Town FC.

Khabar angin mula bertiup kencang apabila ketua jurulatih FC Halifax Town, Chis Millington mengakui terdapat hubungan antara kelab dan Lee Tuck mengenai potensi perpindahan yang boleh terjadi.

Lee Tuck pernah beraksi buat Halifax pada usia mudanya sebelum keluar ke Asia untuk melebarkan kariernya di Bangladesh, Thailand dan Malaysia.

Masa depan pemain ini bagaimanapun masih belum dinoktahkan selepas tiada pengumuman rasmi yang dibuat setakat ini.