Lee Tuck Dalam Radar Kelab England
Transfer
Haziq / MakanBola
Advertisements

Perancang tengah negara, Lee Tuck kembali menjadi bualan selepas salah sebuah kelab di National League, England menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 35 tahun itu kembali ke negara asalnya atas tujuan peribadi selepas mencapai persetujuan untuk menamatkan kontraknya bersama Kedah Darul Aman.

Bekas pemain Terengganu yang kini merupakan ejen bebas difahamkan sedang mencari kelab untuk beraksi di sana.

Advertisements

Khabar angin mula bertiup kencang apabila ketua jurulatih FC Halifax Town, Chis Millington mengakui terdapat hubungan antara kelab dan Lee Tuck mengenai potensi perpindahan yang boleh terjadi.

Lee Tuck pernah beraksi buat Halifax pada usia mudanya sebelum keluar ke Asia untuk melebarkan kariernya di Bangladesh, Thailand dan Malaysia.

Advertisements

“Lee Tuck ada menghubungi kelab. Kami telah membalas dengan idea yang mungkin membuatkan dia bermain beberapa permainan dan memberi kami peluang untuk mengasah ketajamannya selain membawanya untuk mendapat rentak di liga bola sepak sosial Inggeris.”

“Ini juga memberi kami peluang untuk melihatnya secara dekat supaya kami boleh menilai bagaimana beliau (Lee Tuck) sesuai dengan kumpulan semasa kelab.”

Advertisements

Bekas bintang Terengganu ini bukanlah pemain luar pertama yang datang ke kelab tersebut setelah berkelana di liga utama luar negara untuk kembali mendapatkan minit bermain.

“Kami telah melaluinya berulang kali dengan pemain yang datang dari liga di luar negara, kami mempunyai Yamen Osawe musim lalu dan kami mempunyai ramai pemain yang datang dari bola sepak seperti Sweden dan peringkat teratas liga Eropah yang lain,” jelas Millington.

Advertisements

Lee Tuck pernah beraksi bersama beberapa kelab di Malaysia seperti Negeri Sembilan, Terengganu, Sri Pahang dan Kedah Darul Aman.

National League merupakan liga divisyen kelima di England dan Halifax kini beraksi ke-8 selepas mengharungi 15 perlawanan musim ini.

Kali terakhir Lee Tuck beraksi buat Malaysia adalaj ketika aksi bulan Jun di Terengganu dan menjaringkan gol menentang Solomon Islands tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram