Advertisement
Lee Tuck Tinggalkan Kedah
Liga Super
MakanBola
KDA FC

Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck membuat keputusan mengejutkan apabila mengucapkan selamat tinggal kepada pasukannya, Kedah Darul Aman.

Bintang kelahiran England ini membuat satu keputusan yang berat untuk meninggalkan Sang Kenari sungguhpun beliau memainkan peranan yang penting pada musim ini.

Menerusi satu makluman oleh Kedah Darul Aman, pemain berusia 35 tahun ini telah memutuskan haluan baharunya sebagai seorang atlet profesional.

“Selepas beberapa perbincangan dan pertimbangan bersama antara pengurusan kelab dan Lee Tuck, dengan emosi bercampur-baur kami mengumumkan persetujuan bersama mengenai pemergian Lee Tuck dari KDA FC.”

Lee Tuck juga dilabel sebagai pemain yang mempamerkan dedikasi yang tinggi, kemahiran yang luar biasa, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap prestasi KDA FC.

Malah, beliau juga sentiasa tampil dengan aksi luar biasa di atas padang dan pastinya meninggalkan kesan yang besar di hati peminat.

“Keputusan ini telah dicapai dengan cara yang baik, dan kami menghormati keinginan Lee Tuck. Walaupun dia tidak akan lagi memakai jersi kelab ini, kami tidak ragu-ragu bahawa Lee Tuck akan terus bersinar dalam kerjaya masa depannya,” jelas laman KDA FC.

Sepanjang bersama Kedah Darul Aman, Lee Tuck telah menjaringkan 5 gol dan 5 bantuan gol sepanjang 17 perlawanan dan menjadi antara tunjang utama pasukan.

Lee Tuck pernah beraksi bersama beberpaa pasukan seperti Terengganu, Negeri Sembilan dan Sri Pahang.

Kehilangan beliau sudah pasti memberi tamparan hebat buat Nafuzi Zain untuk mencari ramuan terbaik untuk meneruskan baki musim ini.