Advertising
Legenda Manchester United Sertai Vissel Kobe
MakanBola
mufcMPB

Bekas pemain sayap Manchester United, Juan Mata mencipta kejutan di mana beliau bakal menyertai kelab J1 League, Vissel Kobe.

Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan Mata yang kini berstatus ejen bebas selepas meninggalkan Galatasaray telah bersetuju dengan tawaran yang dibuat kelab yang diberi jolokan Ushi itu.

Ini menyaksikan Mata mengikut jejak beberapa rakan senegara yang beraksi di kelab berkenaan. Antara pemain yang pernah menyarung jersi Vissel Kobe ialah Andres Iniesta, Sergi Samper,dan Bojan Krkic.

Ad

Iniesta merupakan pemain Sepanyol paling lama berada di kelab berkenaan selama lima tahun sebelum meninggalkan Kobe pada Jun lalu. Kini, beliau beraksi untuk kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates Club.

Ad

Selepas meninggalkan United pada musim 2021-2022, Mata menyertai kelab gergasi Turki itu dan merekodkan 18 penampilan. Walaupun hanya bersama selama semusim, pemain sayap Sepanyol itu merekodkan tiga gol dan satu bantuan gol.

Ad
Ad

Mata bakal bersua dengan bekas rakan sepasukan di Galatasaray, Bafetimbi Gomis apabila Kobe bertemu dengan Kawasaki Frontale. Seperti bekas pemain sayap Red Devils itu, Gomis turut meninggalkan kelab berkenaan sebagai ejen bebas sebelum menerima tawaran Frontale.

Ad