Liga 1: Barisan Bintang Persib Disekat PSM Makassar
Asia Tenggara
PSM Makassar
Advertisements

Kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat tanpa jaringan juara liga musim lepas, PSM Makassar.

Perlawanan hari ini menjadi tumpuan berikutan nasib berbeza kedua-dua pasukan dalam Liga 1 Indonesia musim ini.

Juku Eja kini berada di tempat ke-10 dengan Persib yang dibimbing Bojan Hodak pula di tangga kedua liga.

Advertisements

Sebaik wisel permulaan ditiup, PSM mempamerkan aksi fizikal bagi menyokong formasi 3-5-2.

Formasi itu dilihat berupaya menyekat gerakan serangan tuan rumah seperti yang dihadapi Hai Phong pada minggu lepas.

Begitupun, taktik yang digunakan jurulatih Bernardo Tavares itu menyaksikan tiga pemain dilayangkan kad kuning pada babak pertama. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua jurulatih membuat pertukaran dengan harapan dapat meraih gol.

Malangnya, barisan pertahanan kedua-dua pasukan masing-masing diketuai Nick Kuipers dan Yuran Fernandez kental menyerap setiap asakan.

Keadaan ini memastikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata pada akhir perlawanan.

Advertisements

Walaupun seri, Pangeran Biru kekal tanpa kalah dalam 14 perlawanan. Sementara Juku Eja pula belum kalah dalam empat perlawanan semua kejohanan termasuk Piala AFC.

Perlawanan hari ini juga dianggap istimewa buat Stefano Beltrame kerana membuat kemunculan pertama untuk Persib hari ini.

Bagaimanapun, bekas penjaga gol KL City FC, Kevin Ray Mendoza perlu menunggu kemunculan pertamanya kerana memanaskan bangku simpanan Persib hari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram