Imigresen mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga A1 Semi Pro setelah menewaskan Malaysian University di laman sendiri pada Sabtu.
Turun selaku pendahulu liga, Imigresen berada di prestasi terbaik setelah tundukkan PT Athletic minggu lalu, begitu juga Malaysian University yang mahu meneruskan rentak positif apabila menumpaskan Gombak minggu lalu.
Pengendali Imigresen, Mat Zan Mat Aris menurunkn barisn terkuat yang dimiliki dengan jentera serangan diketuai oleh Thankgod Michael manakala Malaysian University tampil dengan Tuan Muqris selaku kapten pasukan.
Perlawanan berlangsung dengan penguasaan bola dimiliki oleh Imigresen apabila beberapa gerakan menarik di awal permainan cuba dilakukan oleh tuan rumah untuk merobek gawang Malaysian University.
Malaysian University yang diberi tekanan hebat Imigresen kekal utuh mempertahan kubu sehingga membuatkan The Mighty Tigers buntu mencari gol pendahuluan di babak pertama.
Separuh masa pertama tamat, Imigresen 0-0 Malaysian University.
Kembali dari rehat, tuan rumah tidak menunggu lama bagi memecah kebuntuan menerusi kapten pasukan, Nasriq Baharom untuk meletakkan Imigresen di hadapan 1-0 pada minit ke-49.
Pelawat cuba bangkit memburu jaringan penyamaan hasil sentuhan pemain-pemain tempatan yang dimiliki namun gawang Imigresen yang dikawal oleh Izarul masih bertahan dengan baik.
Beberapa pertukaran cuba dilakukan kedua-dua jurulatih bagi memberikan nafas baharu di jentera serangan akan tetapi tiada jaringan tambahan dapat dihasilkan sehingga tamat aksi.
Aksi di Stadium UKM berakhir dengan kemenangan tipis 1-0 memihak Imigresen.
Kemenangan ini membolehkan Imigresen menjarakkan diri dengan pencabar, Melaka yang beradi di tangga kedua liga manakala Malaysian University kekal di tangga ke-6 buat sementara waktu.