Ads
Liga A1: Kes Nasriq Baharom Akan Dinilai Jawatankuasa Tatatertib FAM
Liga A1
Imigresen FC

Kes disiplin membabitkan bek tengah Imigresen FC, Nasriq Baharom bakal dinilai oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Advertisements

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Raimi Fakri Mohd Fuad kepada media hari ini.

Advertisements

Aksi Liga A1 Semi Pro membabitkan Imigresen dan Bunga Raya Damansara (BR Damansara) pada 30 Jun lalu panas apabila Nasriq dibuang padang pada minit ke-51.

Advertisements
Advertisements

Ini selepas pengadil, P. Jeevanathan mengesan bek tengah berusia 37 tahun itu menunjukkan isyarat kurang sopan dalam padang. Nasriq yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu kemudiannya menolak pengadil sebelum dibawa keluar.

Perlawanan itu kemudiannya berakhir dengan keputusan 1-1 buat kedua-dua pasukan. Keputusan itu menyaksikan BR Damansara dan Imigresen masing-masing di tempat kedua dan ketiga liga.

Advertisements

Raimi memaklumkan insiden membabitkan bekas bek tengah Selangor FC itu telah dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk penilaian.

Sekiranya ada hukuman tambahan untuk Nasriq, maka perkara tersebut jatuh di bawah bidang kuasa jawatankuasa berkenaan dan bukannya AFL.

“Insiden tersebut berlaku dalam perlawanan di antara Bunga Raya Damansara dan Imigresen FC. Kalau ikutkan, pemain sudah kena kad merah. Jadi, automatik satu penggantungan (perlawanan).

“Dan kes tersebut telah diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk ke hukuman lanjutlah. Kalau ada, maknanya Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang.

“Kalau kata ada penambahan hukuman, adalah. Kalau tiada, bukan bidang kuasa kitalah. Itu (Jawatankuasa) Tatatertib di bawah FAM,” katanya kepada media selepas sesi Taklimat Pasukan dan Local General Coordinator (LGC) Liga A2 Amateur Al-Ikhsan Cup 2024.

Nasriq berpotensi mengalami nasib sama seperti pemain pertahanan Penang FC, Fairuz Zakaria. Nama Fairuz menjadi tumpuan gara-gara tindakannya menunjukkan isyarat kurang sopan kepada pengadil dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2024.

Advertisements

Sekiranya didapati bersalah, pemain pertahanan berusia 27 tahun itu berdepan kemungkinan digantung enam perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram