Liga A1: Malaysian University Garang Tewaskan Bukit Tambun
MakanBola
Malaysian University FT

Malaysian University FT (MUFT) terus merapatkan jurang dengan kelompok enam pasukan teratas liga apabila menewaskan Bukit Tambun FC dalam aksi terbaru Liga A1 Semi-Pro.

Bukit Tambun mengharapkan aura perubahan membabitkan pasukan itu menjadi pendorong untuk mengatasi Malaysian University. Manakala anak buah Ridzuan Abu Shah mahu kembali mengecapi kemenangan selepas diikat 2-2 oleh KL Rovers FC.

Separuh masa pertama menyaksikan Malaysian University berusaha memburu gol awal menerusi gandingan kapten, Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan, Hadi Mohamad dan Zulkarnain Mohd Nasir.

Ad

Hasilnya, Saiful Iskandar meletakkan Malaysian University di hadapan seawal minit keenam. Ini gol keenam beliau dalam liga musim ini sekaligus berkongsi kedudukan kedua penjaring terbanyak liga.

Ad

Tersentak, Bukit Tambun yang dibimbing Jacob Joseph berusaha mendapatkan gol penyamaan menerusi penyerang, Aizat Safuan Razali.

Usaha Bukit Tambun kerap digagalkan barisan pertahanan Malaysian University diketuai pemain pertahanan, Muhammad Nashran Elias. Dan ini memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by Amateur Football League (@afl_my)

Ad

Bersambung selepas rehat, Bukit Tambun terus menggandakan asakan berbekalkan pengalaman yang ditimba di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada minggu lalu.

Malangnya, gawang Malaysian University yang dikawal penjaga gol Ashraf Fadhil terus mengecewakan pasukan dari utara tanah air itu.

Sebaliknya, Malaysian University menggandakan kelebihan jaringan mereka menerusi Hadi pada minit ke-72. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Malaysian University kekal di tangga ketujuh dengan 13 mata. Manakala Bukit Tambun pula kekal di tangga ke-13 dengan empat mata.

Selepas ini, Malaysian University akan menentang Armed Forces FC pada 11 Ogos. Sementara Bukit Tambun pula akan menentang Machan FC pada 10 Ogos.