Liga A1: PT Athletic Kalahkan Manjung City Dengan Jaringan Besar
MakanBola
PT Athetic FC
Sponsors

Aksi minggu 6 Liga A1 menyaksikan PT Athletic berjaya mencatatkan kemenangan besar ketika bertemu Manjung City FC.

Tiada perubahan besar dalam skuad kendalian Nazrulerwan Makmor apabila mengekalkan kesebelasan terbaik ketika beraksi di laman sendiri.

Ad

Manjung City pula melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama dengan nama-nama seperti Shahrul Naim, Al-Fateh, Muhammad Sobri dan Syamin Baharuddin kekal dalam senarai.

Ad

Aksi babak pertama berlangsung sengit dengan Manjung cuba memberi tekanan kepada tuan rumah menerusi serangan balas pantas.

PT Athletic bermula garang apabila menemui jaringan pertama hasil permainan berpasukan yang akhirnya disudahkan oleh Azeez Arisekola Adam pada minit ke-5.

Ad

Tuan rumah menambah dua lagi jaringan masing-masing menerusi ledakan Che Mohamad Arif pada minit ke-42 dan Syazwan Zainon pada minit ke-45 permainan.

Ad

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 3-0.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Amateur Football League (@afl_my)

Bersambung babak kedua, PT Athletic yang tewas kepada Imegresen minggu lalu cuba menggandakan asakan awal.

Anak buah Rafae Isa bijak memanfaatkan kelompongan lawan untuk melakukan percubaan bagi menguji gawang Syakir Danial.

Usaha mencari jaringan menjadi misi sulit buat Manjung City dengan kekebalan benteng pertahanan lawan memastikan PT Athletic tidak menambah jaringan.

Bekas peledak Kelantan, Nurshamil Ghani menambah derita Manjung City menerusi gol ke-4 pasukan pada minit ke-65.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

PT Athletic kini mengumpul 10 mata selepas 5 perlawanan manakala Manjung City kekal dengan 7 mata di tangga ke-8 Liga A1 Semi Pro.