Imegresen berjaya mempamerkan aksi luar biasa untuk menundukkan PT Athletic dengan keputusan 3-1.
Skuad kendalian Mat Zan Mat Aris bermula garang apabila mencari ruang-ruang kosong untuk memerangkap lawan.
Usaha itu berjaya disempurnakan dengan cantik apabila larian Hafiz Kamal gagal disekat sebelum mudah menolak masuk bola menewaskan Nik Amin.
Kelebihan itu tidak bertahan lama apabila tandukan Faris Shah membantu PT Athletic mengikat lawan 1-1 pada babak pertama.
Bersambung babak kedua, Imegresen kelihatan begitu bertenaga untuk mencari jaringan kedua dan akhirnya membuahkan hasil apabila Thankgod Micheal menjaringkan gol kedua pasukan.
Jaringan ketiga tuan rumah hadir sekali lagi menerusi Thankgod untuk meletakkan pasukan 3-1 di hadapan.
Anak buah Nazrulerwan cuba menggandakan usaha dengan percubaan kencang selain beberapa pertukaran berjaya dilakukan.
Tambahan masa 5 minit tidak mengubah keputusan perlawanan.
Imegresen melonjak ke tangga teratas liga dengan 13 mata sementara PT Athletic merekodkan kekalahan pertama musim ini.