4 pemain terkemuka Liga Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa cabaran pasukan Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC.
Skuad kendalian Nazrulerwan Makmor menjadi antara satu pasukan tumpuan sungguhpun baru sahaja membuat kemunculan dalam kancah Liga Malaysia.
Gabungan pemain muda dan berpengalaman bakal menghadirkan cabaran buat lawan dalam misi pasukan untuk mara ke Liga Super musim hadapan.
Tumpuan bagaimanapun terarah kepada beberapa pemain terkemuka Liga Malaysia yang membuat keputusan untuk menyertai pasukan tersebut bagi musim 2024/25.
Antara watak tumpuan yang menyertai PT Athletic ialah bekas pemain Sabah FC, Amri Yahyah.
Pemain berusia 43 tahun itu membuat keputusan untuk keluar daripada persaraan dengan dorongan rakan-rakan membuatkan beliau mengambil keputusan sedemikian.
Beliau teruja untuk membantu merealisasikan impian besar pasukan bagi musim ini.
Pemain seterusnya yang bakal membawa cabaran PT Athletic ialah Indra Putra Mahyuddin.
Lagenda TRW Kelantan FC itu membuat keputusan untuk meninggalkan Kelantan United yang diwakilinya pada musim 2023.
Beliau juga sedar pengalamannya amat penting buat pasukan untuk mengharungi musim panjang dalam saingan Liga A1 Semi Pro.
Seorang lagi pemain tunjang yang bakal menggalas cabaran pasukan ialah Latiff Suhaimi.
Pertahanan kental berusia 34 tahun itu pernah mencipta nama bersama Selangor, Penang dan Terengganu itu ditagih oleh barisan kejurulatihan musim ini.
Pengendali pasukan juga yakin kehadiran tonggak berpengalaman dalam pasukan dapat membantu melancarkan perjalanan PT Athletic musim ini.
PT Athletic akan melayan kunjungam Bukit Tambun FC pada 8 Jun 2024 di Stadium MMU, Cyberjaya.