Ads
Amri Yahyah Anggap Pengaruh Kawan Punca Keluar Dari Persaraan
Liga A1
PT Athletic FC

Pemain baru PT Athletic FC, Amri Yahyah mengakui pengaruh rakan-rakan mendorongnya kembali memeriahkan saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25.

Advertisements

Sebelum ini, Amri menggantung but pada usia 42 tahun selepas membuat penampilan terakhir bersama Sabah FC pada Disember tahun lalu.

Advertisements

Selain Sabah, pemain yang mesra disapa Wak Am itu pernah mewakili Selangor FC, Sarawak United FC, Melaka United FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Advertisements
Advertisements

Jadi, ramai yang terkejut apabila melihat kelibatnya menyarung jersi PT dalam aksi persahabatan menentang Terengganu FC II pada 2 Mei lalu.

Bila ditanya apa yang mendorongnya kembali beraksi di atas padang, Amri secara berseloroh menyifatkan faktor rakan-rakan sebagai punca untuk beliau kembali.

Advertisements

“Pengaruh kawan-kawan, mereka ugut saya untuk menyertai pasukan ini. Untuk membantu mereka dan membantu pasukan ini agar dapat sampai ke peringkat lebih tinggi Insya Allah,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Advertisements

Selain Amri, PT Athletic turut diperkuat beberapa bintang veteran Liga Malaysia (Liga M) seperti Indra Putra Mahayuddin, Syazwan Zainon, Abdul Latiff Suhaimi dan Fandi Othman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram