Amri Yahyah Rasmi Bersara
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Penyerang veteran Sabah, Amri Yahyah sah mengumumkan persaraan setelah 22 tahun bergelar pemain bola sepak profesional.

Amri Yahyah turun buat kali terakhir dalam aksi Sabah menentang Kedah yang menyaksikan Sabah menumpaskan Kedah untuk menamatkan saingan Liga Super ditangga ketiga.

Pemain berusia 42 tahun ini merekodkan 20 penampilan dalam kesemua pertandingan buat Sabah musim ini.

Advertisements

Walaupun kerap turun selaku pemain gantian, Amri Yahyah sentiasa memberikan aksi terbaik dan turut mampu mencipta 1 bantuan jaringan buat Sabah.

Amri telah melakukan 692 penampilan dimana beliau menjaringkan 186 gol dan memenangi 19 trofi sepanjang bergelar pemain bola sepak.

Advertisements

Antara trofi yang pernah dimenangi Amri adalah 5 kali kejuaraan Liga Super, 4 kali Piala FA, 2 kali Piala Malaysia, 5 kali Piala Sumbangsih, 1 kejuaraan Liga Premier, 1 Piala AFF Suzuki dan 1 Piala AFC.

Penyerang ini turut bermain untuk beberapa buah kelab di liga Malaysia seperti Selangor, JDT, Melaka United, Sarawak United dan Sabah.

Advertisements

Namun beliau memiliki hubungan istimewa bersama Selangor setelah bermain selama 13 tahun untuk The Red Giants.

Akhirnya Amri Yahyah memilih untuk bersara pada umur 42 tahun setelah 3 tahun bersama pasukan Sabah.

Advertisements

Kehadiran pemain berpengalaman ini diatas padang sentiasa mencuri tumpuan dan kelibat beliau dibilik persalinan ditagih Datuk Ong Kim Swee untuk meningkatkan motivasi para pemain.

Selamat bersara buat Amri Yahyah dan terima kasih kerana telah mewarnai arena bola sepak Malaysia sepanjang 2 dekad ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram