Harimau Malaya

Rezal Zambery Gesa Malaysia Lebih Ampuh Hadapi Yemen

Malaysia Malaysia NT 1 5 Rezal Zambery Gesa Malaysia Lebih Ampuh Hadapi Yemen
Malaysia NT

Bekas pemain tengah kebangsaan, Rezal Zambery Yahya menggesa Malaysia tampil lebih ampuh menjelang aksi persahabatan kedua menentang Yemen.

Advertisement

Pandangan itu disuarakan bekas jurulatih Kelantan FC itu selepas menilai prestasi skuad negara ketika menentang China baru-baru ini.

Rezal Zambery melihat bahagian tengah Harimau Malaya perlu lebih ampuh jika mahu menguasai permainan bila menentang Yemen.

Atas sebab itu, figura berusia 48 tahun itu menggesa jurulatih interim negara, Tan Cheng Hoe menggunakan pemain tengah tulen untuk aksi berkenaan.

“Pada pandangan saya sudah pasti ia perlu dilakukan. Kalau kita lihat pada awalnya, Ubaidullah (Shamsul Fazili) bermain di bahagian tengah yang bukan posisinya.

“Tetapi dengan kemasukan Haziq (Kutty Abba) dan Endrick (dos Santos), ada sedikit perubahan yang kita dapat lihat di bahagian tengah, ada beberapa serangan dapat dilancarkan.

“Untuk perlawanan menentang Yaman esok, saya rasa kedua-dua pemain ini perlu diberikan peluang menjadi nadi pasukan negara,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

Malaysia berharap dapat menutup tahun 2026 dengan kemenangan apabila bertemu dengan Yemen pada Selasa.