Advertising
Liga Australia Teruskan Idea Rehat Berbuka Puasa Buat Pemain Muslim
MakanBola
A-League

Saingan liga utama Australia, A-League meneruskan idea rehat berbuka puasa buat pemain Muslim untuk tahun kedua.

Rehat tersebut sebelum ini diperkenalkan untuk musim 2023/24 bagi membantu pemain-pemain Muslim berbuka puasa sebelum meneruskan permainan.

Ad

Selepas inisiatif itu mendapat sambutan baik daripada kelab-kelab A-League, inisiatif itu diteruskan pihak liga.

Ad

90 minit sebelum perlawanan, pasukan-pasukan akan mengemukakan permohonan rehat kepada komisioner perlawanan dalam senarai pemain yang akan diturunkan.

Selepas mengadakan perbincangan dengan pengadil perlawanan, rehat buka puasa selama 90 saat akan dipersetujui kedua-dua pasukan. Rehat tersebut akan diselaras mengikut waktu matahari terbenam.

Ad

Rehat buka puasa akan dijalankan secepat mungkin dengan bola dikeluarkan dari permainan. Setelah itu, perlawanan akan disambung semula.

Ad

Pengerusi Eksekutif A-League, Stephen Conroy menyifatkan langkah tersebut menunjukkan liga meraikan semua penggiat bola sepak daripada semua latar belakang termasuk yang beragama Islam.

Ad

“Ramadan ialah satu tempoh suci buat sebilangan besar penyokong, pemain dan pegawai perlawanan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Polisi ini penting demi menjaga kebajikan pemain dan pegawai tetapi pada masa sama memastikan mereka yang perlu mengikuti peristiwa agama yang penting merasa diri mereka disokong dalam sukan ini.

“Bola sepak terus menunjukkan bahawa ia meraikan kebersamaan untuk semua dan kami bangga dapat menyokong pemain-pemain dan pegawai-pegawai perlawanan semasa tempoh ini.”

Inisiatif ini turut disokong pemain Sydney FC, Anas Ouahim. Ini kerana inisiatif itu membantunya terus mematuhi syariat agama sambil kekal aktif bermain bola sepak.

“Ia sudah tentu satu perkara yang mencabar. Sesetengah pekerjaan lebih mencabar dari segi fizikal berbanding yang lain dan sebagai pemain bola sepak, anda perlukan air dan makanan untuk beraksi pada tahap terbaik,” katanya.

“Tetapi sejujurnya, ini bukan kali pertama untuk saya dan saya selalu rasakan seperti saya diberi kekuatan oleh Tuhan – Dia membantu saya mengharunginya.

“(Inisiatif) ini membenarkan saya mengamalkan agama saya dan tatkala bermain dalam sukan yang saya sayang dan saya menemui keseimbangan yang cukup berkesan.”

Aksi minggu 21 A-League yang berlangsung daripada 28 Februari hingga 2 Mac bakal menjadi aksi pertama untuk inisiatif ini dilaksanakan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments