Liga Malaysia Bakal Laksanakan FFP Bagi Musim 2024
Liga Super
MFL
Advertisements

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa Peraturan Fair Play Kewangan (Financial Fair Play/FFP) akan dilaksanakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/25.

FFP diperkenalkan bagi membantu kelab-kelab Liga M untuk lebih berhemah dalam berbelanja dan mengelakkan kelab-kelab daripada ditimpa masalah kewangan.

Kisah beberapa kelab Liga M dibelenggu masalah kewangan termasuk isu tunggakan gaji bukan satu isu baru dalam arena bola sepak Malaysia.

Advertisements

Malah, isu ini turut meresahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. Ini kerana jika isu ini berlarutan, ini akan memberi kesan negatif kepada Liga M.

“Masalah tidak membayar gaji pemain ini merupakan tindakan yang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA paling tidak suka jika ia berterusan berbanding kesalahan yang lain yang masih boleh dibincangkan,” katanya dalam satu sidang media pada bulan lalu.

Advertisements

Atas sebab itu, tahun pertama perlaksanaan FFP Liga M akan digunakan sebagai tahun pengenalan bagi memantau aspek pembayaran gaji pemain, staf kejurulatihan dan pegawai pasukan.

Selain itu, tahun tersebut turut digunakan untuk meningkatkan tanggungjawab kelab memastikan kelab memiliki kestabilan kewangan yang bagus.

Advertisements

Setelah itu, MFL akan terus memantau dan melaksanakan FFP untuk tahun-tahun berikutnya demi memastikan kelab-kelab mampu bertahan untuk jangka masa panjang terutama dari segi kewangan.

MFL sudah mengadakan sesi taklimat FFP dengan semua kelab secara dalam talian termasuk keperluan FFP untuk musim 2024/25. Taklimat itu diadakan pada 25 April lalu dan turut dihadiri Pengerusi MFL FFP, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.

Advertisements

Ini akan disusuli satu lagi bengkel fizikal bagi membincangkan peraturan FFP baharu yang akan dilaksanakan untuk musim 2025/26.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram