Salah sebuah laman analisis ranking terkemuka dunia, Teamform.com meletakkan Liga Super Malaysia pada kedudukan yang lebih rendah berbanding kedudukan Liga 1 Indonesia.
Laman yang menyenaraikan data lebih 15,000 kelab terkemuka di dunia selain turut memberi pelbagai informasi berkenaan bola sepak semasa.
Menerusi catatan kedudukan terbaru oleh Teamform.com, Liga Malaysia diletakkan pada tangga ke-39 di Asia dengan 39.2 mata.
Kedudukan ini menjadikan Malaysia pada ranking lebih rendah berbanding J2 League di tangga ke-15 Asia (57.2 mata), J3 League (45.6 mata) dan juga Thai League 2 di tangga ke-30 dengan 43.2 mata.
Bagi kedudukan Liga Asia Tenggara, Thai League 1 berada di tangga pertama dengan 56.3 mata sementara diikuti oleh V. League 1 (41.1 mata) dan juga Liga 1 Indonesia dengan 39.5 mata.
Liga terbaik di Asia pula dipegang oleh K League dengan 71.2 mata diikuti oleh Persian Gulf Pro League (Iran) di tangga kedua sementara Australia League (A-League) di tangga ketiga dengan 69.0 mata.
Namun begitu, pencapaian kelab Liga Malaysia amat membanggakan selepas JDT menghuni tangga ke-16 di Asia menurut laman Opta Analyst selain Sabah FC kini membawa cabaran negara di Piala AFC zon Asean.