Liga Super: 10 Pemain Selangor ‘Berpeluh’ Atasi Melaka
MakanBola
SELANGOR FC

Selangor berjaya menambah kemenangan ketiga di Stadium MBPJ apabila berjaya menewaskan Melaka dalam aksi terbaru Liga Super pada Ahad.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi memburu kemenangan selepas masing-masing meraih kemenangan dalam aksi pertama liga. Aksi ini juga penting buat Peteh kerana beraksi di gelanggang sendiri.

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Harith Haiqal mengemudi benteng tuan rumah. Gandingan Faisal Halim, Kay Tejan dan Chrigor Moraes menjadi sandaran gol jurulatih Selangor, Kim Pan-gon.

Sementara itu, penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat mengawasi kubu Melaka dan Kpah Sherman menjadi ayam tambatan skuad tersebut.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari jaringan awal di MBPJ. Selangor tampak selesa melakukan lambakan percubaan ke arah gawang Melaka namun gagal menepati sasaran.

Penyerang sensasi The Red Giants, Chrigor Moraes berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 sekali gus menggamatkan ribuan penyokong setia Merah Kuning di Stadium MBPJ.

Kpah Sherman berkali menguji penjaga gol Selangor, Kalamullah Al-Hafiz namun ketangkasan penjaga gol tersebut harus diberi pujian.

Selangor terpaksa beraksi hanya 10 pemain pada baki 45 minit perlawanan selepas penyerang baharu, Kay Tejan dilayangkan kad merah pada penghujung separuh masa pertama selepas percubaan akrobatik beliau mengenai muka pemain lawan.

Kesukaran kedua-dua pasukan mencari gol tambahan aksi memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Melaka tampak meningkatkan tempo permainan bagi mencari gol penyamaan.

Chrigor Moraes terus menjadi mimpi buruk buat Melaka. Kali ini, rembatan deras penyerang Brazil itu berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-51.

Tatkala tuan rumah terus mengasak, Melaka memecah kebuntuan pada minit ke-59. Syahir Abdul Rashid melepaskan rembatan kencang yang gagal ditepis oleh penjaga gol Selangor, Kalamullah Al-Hafiz.

Dong-hyeon Do berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-75 sekali gus menghangatkan kembali aksi babak kedua dengan lambakan percubaan daripada kedua-dua pasukan.

Selepas itu, Chrigor Moraes gagal meraih hatrik peribadi perlawanan selepas sepakan penalti beliau gagal menemui jaring.

Jaringan Jefferson Tabinas pada masa kecederaan babak kedua memberikan kemenangan penting buat The Red Giants. Aksi tamat dengan keputusan 3-2 memihak pasukan tuan rumah, Selangor FC.

Selepas ini, Selangor akan menentang Sabah FC pada 9 September. Melaka pula akan bertemu Penang pada hari yang sama bagi aksi kedua pusingan 16 saingan Piala FA musim 2026-27.