Liga Super: 4 Gol Dramatik Hiasi Aksi Negeri Sembilan vs Kedah
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Aksi Liga Super minggu 9 menyaksikan Kedah Darul Aman diikat oleh Negeri Sembilan dengan keputusan 2-2.

Skuad kendalian Nafuzi Zain turun dengan motivasi terbaik menerusi jentera 4 serangkai iaitu Milos Gordic, Sony Norde. Assifuah dan Syafiq Ahmad.

Asakan bertali-arus oleh Sang Kenari dikejutkan dengan jaringan Jaque Faye pada masa kecederaan babak pertama.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, skuad Kedah kembali bangkit untuk mencari rentak.

Detik itu tidak ditunggu lama apabila tuan rumah menyamakan kedudukan hasil rembatan deras kapten pasukan, Sony Norde pada minit ke-52.

Clayton meletakkan Kedah di hadapan pada minit ke-61 namun rembatan kencang Faye sekali lagi membantu Jang menyamakan kedudukan.

Tambahan masa 5 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Kedah kini mengumpul 8 mata dan kekal pada kedudukan ke-8 Liga Super manakala Negeri Sembilan kekal di tangga ke-12.