Liga Super: Kaki Emas Manuel Hidalgo Selamatkan Sri Pahang Berdepan Kuching City
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Hasrat untuk Sri Pahang mengekalkan rekod kemenangan kedua lebur apabila terikat berdepan Kuching City.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan seawal 10 minit pertama.

Ad

Tuan rumah bermula garang apabila berjaya merobek gawang gol Tok Gajah seawal minit ke-19 hasil rembatan Tchetche Kipre yang melepaskan rembatan dari bahagian kanan gawang.

Ad

Pasukan pelawat jelas bergelut pada babak pertama dan akhirnya dihukum sekali lagi apabila peledak berbisa Kuching City, Jordan Mintah menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan.

Aksi babak pertama tamat 2-0 memihak Kuching City.

Ad

Bersambung babak kedua, Sri Pahang seakan mendapat tonik baharu apabila pertahanan tengah, Adam Nor Azlin pada minit ke-63 menewaskan Wan Azraie.

Ad

Tidak menunggu lama, pasukan pelawat terus menggandakan usaha apabila Stefano Brundo menjaringkan gol penyamaan namun dibatalkan oleh VAR.

Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila kealpaan benteng Kuching City membawa padah apabila bola muntah berjaya disudahkan oleh Manuel Hidalgo pada minit ke-77.

Tambahan masa 12 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Sri Pahang kini berjaya mengumpul 4 mata selepas dua perlawanan manakala Kuching City dengan dua mata.

Aksi berikutnya bakal menyaksikan Sabah akan menentang Kuching City pada 25 Mei 2024 jam 8:15 malam.