Data Atlead: JDT Dijangka Terus Kuasai Liga Super, Terengganu & Sri Pahang Ekori Rapat
Liga Super
JST/TFC/SPFC
Advertisements

Ramalan kedudukan Liga Super musim 2024/25 sudah mula menjadi bualan mengenai kedudukan akhir JDT, Terengganu dan juga Sri Pahang.

Ketiga-tiga pasukan ini menjadi antara kelab paling menyerlah bagi saingan domestik musim lalu.

Tatkala saingan musim ini bermula pada 10 Mei yang lalu, perebutan mahkota juara bagi musim ini terus menjadi bualan peminat.

Advertisements

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Atlead My, terdapat ramalan kedudukan akhir bagi saingan Liga Super musim ini.

Ramalan tersebut mengambil kira bacaan data daripada tiga faktor penting iaitu kualiti pemain musim lepas, keupayaan menjaringkan gol dan juga peluang bolos.

Advertisements

Jangkaan kedudukan akhir menyaksikan JDT akan kekal sebagai juara Liga Super dengan kekuatan 0.94 diikuti rapat oleh Terengganu dan Sri Pahang masing-masing dengan 0.80 dan 0.69.

Naib juara musim lalu, Selangor FC yang kini dipimpin oleh Nidzam Jamil dijangka akan turun ke tangga ke-4 dengan 0.66 kekuatan dan terikat dengan dua lagi pasukan iaitu Kedah dan KL City dengan kekuatan yang sama.

Advertisements

Jangkaan pasukan tiga tercorot bakal dihuni oleh Negei Sembilan dengan 0.31 kekuatan diikuti dua pasukan lain iaitu Penang (0.28) dan Kuching City (0.20).

Saingan pusingan kedua (LS2) bakal berlangsung pada 17 hingga 19 Mei dengan JDT dan Selangor bakal memulakan aksi pertama masing-masing menentang Negeri Sembilan dan Kedah Darul Aman.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram