Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Salu meramalkan Selangor berpotensi untuk menjadi juara Piala Malaysia musim 2024.
Beliau yang pernah mewakili The Red Giants pada era kegemilangannya yakin pasukan itu mampu untuk bergelar juara.
Menerusi satu perkongsian di laman Youtube Sports Tarik, bekas pemain JDT ini meramalkan pada awalnya bahawa skuad Harimau Selatan bakal mengekalkan kejuaraan Liga Super musim ini.
“Untuk Liga Super, saya masih akan memilih JDT. Sebab mereka ada skuad yang sangat besar.
“Pemain yang duduk di bangku simpanan juga merupakan pemain bertaraf antarabangsa yang beraksi bersama skuad kebangsaan,” jelasnya di Youtube Sports Tarik.
Namun begitu, Safee Sali yakin bahawa kejuaraan Piala Malaysia kali ini bakal bertukar tangan dan menjadi milik pasukan lain dengan salah satunya ialah Selangor.
“Piala Malaysia ini sangat menarik. Saya mengharapkan pasukan lain akan menjadi juara.
“Saya mengharapkan Selangor atau Terengganu untuk edisi piala Malaysia kali ini,” jelasnya.
Selangor juga merupakan finalis Piala Malaysia tahun 2022 namun tewas kepada JDT dengan keputusan 2-1.
Selangor bakal membuka kempen Liga Super 2024/25 menentang Kedah Darul Aman di Stadium MBPJ pada 18 Mei 2024 jam 8:15 malam.