Advertising
Ramalan Safee Sali Tentang Juara Liga Super Musim 2024/25
MakanBola
Safee Sali

Ramalan lagenda bola sepak negara, Safee Sali tentang juara akhirnya terjawab.

Safee dalam satu kenyataan di laman Youtubenya memberi beberapa gambaran awal tentang perjalanan liga musim baharu.

Ad

Bekas pemain JDT ini turut memuji tindakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi membawa masuk Teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) ke Liga Malaysia.

Ad

Katanya, kehadiran VAR dapat membantu pengadil untuk membuat keputusan yang lebih tepat.

Namun begitu, beliau tetap percaya bahawa kejuaraan Liga Super akan tetap menjadi milik skuad Harimau Selatan atas beberapa faktor.

Ad

“Untuk Liga Super, saya masih akan memilih JDT. Sebab mereka ada skuad yang sangat besar.

Ad

“Pemain yang duduk di bangku simpanan juga merupakan pemain bertaraf antarabangsa yang beraksi bersama skuad kebangsaan,” jelasnya di Youtube Sports Tarik.

Ad

Safee melihat kelebihan menjadi milik skuad Harimau Selatan tatkala perjalanan liga yang panjang memerlukan pasukan yang memiliki skuad terbaik.

Presiden PFAM ini bagaimanapun yakin bakal ada cabaran yang diberikan oleh pasukan-pasukan lain dalam saingan trofi seperti Piala FA dan Piala Malaysia.

Aksi Liga Super baru memasuki minggu pertama namun perlawanan antara JDT dan Selangor tidak dilangsungkan susulan keputusan The Red Giants tidak hadir atas faktor keselamatan.