Ads
JDT Di Stadium Sultan Ibrahim Raikan Piala Ke-27
Liga Super
Johor Southern Tigers

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di Stadium Sultan Ibrahim untuk meraikan piala ke-27 pasukan.

Advertisements

Aksi yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan pertembungan skuad Harimau Selatan dan juga Selangor FC tidak kesampaian.

Advertisements

Hal ini susulan The Red Giants membuat keputusan untuk tidak hadir pada perlawanan tersebut atas faktor keselamatan.

Advertisements
Advertisements

Keadaan inu menyebabkan JDT telah diberikan kemenangan percuma 3-0 dan mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih yang dimenangi tahun lalu.

JDT tetap memberikan penghargaan kepada para pemain dan staf kejurulatihan apabila berkumpul bersama-sama untuk meraikan kejuaraan di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

JDT selaku tuan rumah telah bertungkus-lumus untuk menyediakan fasiliti terbaik bagi kegunaan perlawanan yang dirancang untuk kegunaan kedua-dua pasukan.

Hal ini termasuklah memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan apabila seramai 1500 orang anggota polis telah dikerahkan untuk mengawal keselamatan penyokong sungguhpun aksi ini tidak menjadi kenyataan.

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor turut memzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara seperti ini.

“Sedih untuk menjulang piala dengan cara ini, tetapi rezeki tetap rezeki. 

Advertisements

“Allah sebaik-baik perancang,” jelas Tunku Ismail dalam ruangan komen Johor Southern Tigers di Instagram.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram