Liga Super Malaysia kini muncul liga kedua terbaik di Asia Tenggara ketika ini.
Perkara ini dinyatakan oleh laman Footy Rankings mengenai perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Liga Super sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Liga Super Malaysia kini mengumpul 58.1 mata dan berada pada kedudukan kedua di Asia Tenggara selepas Liga Thailand yang kekal menjadi liga terbaik di ASEAN.
Liga Vietnam menyusul di tangga ketiga dengan 58 mata disusuli oleh beberapa liga Asia Tenggara lain seperti Liga 1 (57.4), Liga Filipina (54.5), Liga Singapura (52.2), Liga Myanmar (47.7) dan juga Liga Kemboja (44.2).
Liga terbaik di Asia menjadi milik K League 1 dengan 72.9 mata diikuti oleh dua pencabar terdekat iaitu J1 League (72.7) dan juga Saudi League (71.8).
Kedudukan terkini Liga Super Malaysia membolehkannya berada di depan beberapa liga terkemuka di Asia seperti Premier League (Bahrain) dengan 61.6 mata dan juga Stars League (Qatar) dengan 61.2 mata.
Hal ini dibantu oleh prestasi baik yang ditampilkan oleh wakil Malaysia di Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini seperti kejayaan JDT mara ke pusingan kalah mati ACL 2022 dan juga KL City yang muncul naib juara Piala AFC 2022.
Malaysia kini memiliki dua wakil beraksi pada kejohanan tertinggi iaitu JDT di ACL Elite dan juga Selangor di ACL2.