Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini telah merekodkan jaringan ke-1000 sejak tahun 2013.
Perkara ini dikongsikan oleh laman Johor Southern Tigers selepas skuad Harimau Selatan berjaya menundukkan wakil Liga A1, Malaysian University dengan keputusan 5-0 baru-baru ini.
Kemenangan itu juga membolehkan JDT meletakkan sebelah kaki untuk melangkah ke separuh akhir sekaligys berpeluang mengekalkan mahkota kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.
Ledakan pertahanan kental JDT, Shahrul Saad pada pada minit ke-71 permainan untuk melengkapkan koleksi 1000 jaringan JDT sejak tahun 2013.
“Jaringan pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahrul Saad ketika menewaskan Malaysian University 5-0 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2024-25 di Stadium Sultan Ibrahim adalah jaringan ke-1000 Harimau Selatan sejak ditubuhkan pada 2013,” ijar laman JST.
Sebagai rekod, pasukan kendalian Hector Bidoglio masih belum tewas dalam mana-mana perlawanan musim ini sekaligus melebarkan kedudukan dalam carta Liga Super musim 2024/25.
Kemenangan 3-0 berdepan Sri Pahang menyaksikan pasukan selatan tanah air ini melebarkan kedudukan di tangga teratas liga dengan 12 mata.
JDT bakal berkunjung ke Stadium Likas bagi aksi liga seterusnya menentang Sabah pada 13 Julai 2024.