Ads
Liga Super: PDRM Tambah Derita Negeri Sembilan
Liga Super
PDRM FC

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-8 malan ini menyaksikan pertembungan diantara Negeri Sembilan dan PDRM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi berpihak kepada pasukan pelawat.

Advertisements

Skuad kendalian P. Maniam menurunkan barisan terbaiknya dengan jentera serangan diketuai okeh Ifedayo Olusegun, Bruno Suzuki dan Shahrel Fikri. 

Advertisements

Sementara Negeri Sembilan, pastinya mahu memburu kemenangan di laman sendiri dengan membarisi Mika, Jacque Faye dan juga pemain sayap lincah, Takumi Sasaki. 

Advertisements
Advertisements

Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. 

Pada minit ke-45 permainan, kapten pasukan Negeri Sembilan, Barathkumar Ramaloo akhrinya membuka jaringan pertama menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol PDRM, Nor Hakeem Hamidun.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat, Negeri Sembilan 1-0 PDRM FC.

Pada minit ke-53 permainan, penyerang berbisa PDRM, Shahrel Fikri menyamakan kedudukan selepas bijak menyudahkan hantaran jauh daripada pemain pertahanan, Faith Obilor.

Selang lima minit permainan, PDRM membara apabila Bruno Suzuki berjaya menjaringkan gol kedua pasukan selepas menerima umpanan bijak daripada Shahrel Fikri.

Tambahan masa lima minit di separuh masa kedua ini tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Negeri Sembilan 1-2 PDRM FC.

PDRM FC menambah derita Negeri Sembilan dengan kekalahan tiga kali berturut-turut dalam 3 perlawanan terakhir. Negeri Sembilan ketika ini duduki tangga ke-2 tercorot Liga sementara PDRM FC naik ke-8.

Advertisements

Selepas ini, PDRM FC akan bertemu KL City pada 16 Ogos ini manakala Negeri Sembilan akan menentang Kedah pada 17 Ogos 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram