Liga Super: Perak Bangkit Atasi KL City
MakanBola
Perak FC

Perak FC mengakhiri kemarau kemenangan sejak Januari 2025 dengan menewaskan KL City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras

The City Boys mahu meneruskan rekod tanpa kalah dalam liga kepada lima perlawanan. The Bos Gaurus pula mahu mendapatkan kemenangan buat kali pertama sejak menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 26 Januari lalu.

J. Partiban dan Azri Ghani dibawa masuk menggantikan Haqimi Azim Rosli dan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy. Perak beraksi dengan tiga tonggak import selepas kehilangan Adilet Kanyebekov akibat kecederaan.

Ad

Separuh masa pertama menyaksikan KL City berusaha memberi tekanan ke atas Perak menerusi gandingan Paulo Josue, Partiban dan Jovan Motika.

Situasi ini memaksa barisan pertahanan Perak diketuai penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli bekerja keras menangkis setiap ancaman tuan rumah.

Ad
Ad

Gol pendahuluan yang dicari KL City hadir pada minit ke-31 menerusi Josue. Beliau menyudahkan hantaran Partiban untuk menyumbat gol ke-16 liga musim ini.

Ad

Tersentak, The Bos Gaurus cuba bangkit mengatur serangan menerusi Clayton da Silva, Syahmi Shamsudin dan kapten, Luciano Guaycochea tetapi tidak berhasil.

Hal ini membolehkan The City Boys mempertahankan kelebihan satu gol yang diraih sehingga rehat separuh masa.

Bersambung selepas rehat, pengendali Perak, Yusri Che Lah memasukkan Wan Zack Haikal, Afif Asyraf Mohamad Zabawi dan Farris Izdiham Awang Kechik untuk mengubah momentum permainan.

Wan Zack hampir menyamakan kedudukan buat Perak pada minit ke-53. Malangnya, percubaan leretnya berjaya diselamatkan Azri.

Situasi ini mendorong jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac memasukkan Sean Giannelli dan Arif Shaqirin Suhaimi untuk memperkemaskan rentak permainan pasukan.

Perak kemudiannya mendapat talian hayat apabila dianugerahkan sepakan penalti. Ini selepas pegawai VAR, Suhaizi Shukri mengesan kekasaran yang dilakukan Declan Lambert ke atas Nur Azfar Fikri Azhar.

Guaycochea tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-77 untuk gol ke-11 dalam liga. Azfar kemudiannya meletakkan Perak di hadapan tiga minit selepas itu.

KL City berusaha untuk bangkit mendapatkan gol penyamaan. Walau bagaimanapun, keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Perak mengumpul 27 mata di tangga ketujuh. KL City kekal di tangga keenam dengan 28 mata.

Selepas ini, Perak akan menentang Sri Pahang FC pada 12 April. KL City pula akan bertandang ke Stadium Bandaraya untuk menentang Penang FC pada 13 April.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments