Liga Super: Selangor Ceria ‘Beraya’ Atasi Terengganu
MakanBola
Terengganu FC

Aksi tunggal Liga Super minggu 24 pada Sabtu menyaksikan Selangor dipaksa bekerja keras untuk mengatasi Terengganu di Kelana Jaya.

Setelah berehat lebih 3 minggu bagi memberi laluan untuk aksi pasukan kebangsaan, kini saingan Liga Super kembali bersambung dengan Selangor turun bertemu jaguh Pantai Timur, Terengganu.

Pemain sayap negara, Faisal Halim diberi peranan mengetuai kesebelasan utama Selangor manakala Terengganu pertaruh bisa Ismaheel Akinade, Safawi Rasid dan juga Akhyar Rashid di jentera serangan.

Ad

Serangan awal dilancarkan oleh Selangor pada minit kedua aksi namun tandukan lemah oleh Ronnie Fernandez mudah ditangkap kemas penjaga gawang Terengganu, Rahadiazli Rahalim.

Faisal Halim turut berpeluang memecah kebuntuan jaringan tidak lama kemudian sebelum tiang gol menjadi penghalang sekaligus memberi satu lagi kelegaan buat pasukan pelawat di awal aksi.

Ad
Ad

Percubaan terbaik buat Terengganu menjaringkan gol hadir di penghujung aksi menerusi sepakan kaki kiri Safawi Rasid yang hanya singgah di tiang gol Selangor untuk skor masih terikat.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Selangor 0-0 Terengganu.

Aksi bersambung di babak kedua dengan perlawanan lebih seimbang disajikan apabila Selangor dilihat kelihatan buntu memecahkan pertahanan Terengganu yang utuh berdisiplin di belakang.

Kubu The Red Giants juga beberapa kali diuji hasil gerakan oleh perancang tengah, Manuel Ott namun hampa dengan ketumpulan jentera serangan anak-anak buah Badrul Afzan pada aksi ini.

Jaringan yang dicari akhirnya tiba pada minit ke-86 menerusi Alvin Fortes yang menyambut hantaran lambung Faisal Halim sebelum melepaskan rembatan kencang buat gol Selangor di lewat aksi.

Pertarungan 90 minit di Stadium MBPJ berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Selangor.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments