Liga Super: Terengganu Bergelut Diikat Negeri Sembilan
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Keinginan Nor Hakim Hassan melakar kemenangan sulung bersama Terengganu FC terus tidak kesampaian apabila diikat 1-1 dengan Negeri Sembilan FC hari ini.

Pasukan pelawat berpeluang meraih gol awal apabila dianugerahkan sepakan penalti pada minit keenam.

Begitupun, sepakan penalti Herold Goulon berjaya dinafikan Suhaimi Hussin dengan sepakan susulannya berjaya dikeluarkan kapten skuad Penyu, Habib Haroon.

Advertisements

Percubaan terbaik tuan rumah hadir menerusi sepakan jarak jauh Habib tetapi percubaannya berjaya dinafikan penjaga gol skuad Rusa, Sikh Izhan Nazrel.

Bersambung pada babak kedua, jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memasukkan Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim dan Engku Nur Shakir Engku Yacob bagi menambah sengat di bahagian serangan.

Kemasukan dua pemain ini meningkatkan ancaman tuan rumah terhadap kubu pelawat.

Advertisements

Peluang terbaik Terengganu FC pada babak ini ialah menerusi tandukan Ivan Mamut pada minit ke-59 tetapi berjaya dikeluarkan pertahanan Negeri Sembilan FC.

Gol yang dicari tuan rumah akhirnya hadir pada minit ke-66 menerusi tandukan Mamut yang menerjah jaring Hoben Jang Hoben.

Penyerang Croatia itu hampir menambah gol ketujuhnya musim ini pada minit ke-77 tetapi percubaannya pantas ditepis keluar Sikh Izhan. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Goulon menebus kegagalan penaltinya apabila menyumbat gol penyamaan pada minit ke-89. Bagaimanapun, gol tersebut mengundang rasa kurang senang pemain-pemain Terengganu FC yang mendakwa bola tidak melepasi jaringan gol.

Bantahan keras pemain-pemain tuan rumah tidak dilayan dan gol tersebut tetap dikira. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini memastikan kedua-dua pasukan masing-masing kekal di tangga ketujuh dan kesembilan liga. Ini juga keputusan seri kali ketiga buat pasukan tuan rumah.

Advertisements

Selepas ini, kedua-dua pasukan akan mengharungi saingan Piala Malaysia 2023. Terengganu FC bakal menentang KL Rovers FC pada 4 Ogos.

Manakala Negeri Sembilan FC pula bakal bertandang ke Kota Bharu untuk menentang Kelantan United FC pada 5 Ogos.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram