Lim Teong Kim: Jangan Bagi ‘Tangan Ghaib’ Kacau, Mereka Akan Lari Dari Tanggungjawab
Dunia
Vocket FC
Advertisements

Bekas pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim dengan nada tegas menyelar tindakan orang lain (tangan ghaib) yang masuk campur urusan pemilihan pemain skuad kebangsaan.

Beliau juga berpendapat, jurulatih bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya membiarkan orang lain masuk campur urusan pemilihan pemain skuad kebangsaan seperti yang dilaporkan portal Majoriti.

“Orang lain (tangan ghaib yang terlibat) perlu bertanggungjawab atas kekalahan ini, bukan saja jurulatih.

Advertisements

“Jurulatih pula mesti tegas kerana jika ada campur tangan ghaib campur tangan tugas, dan tidak berani lawan mereka, jadi apabila kekalahan berlaku, anda tidak boleh kata ada orang campur tangan.” Tegas beliau kepada Majoriti.

Lim Teong Kim turut memberi perumpamaan dirinya sendiri yang akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya jika gagal mencapai KPI.

“Macam saya, kalau saya tidak mahu dengar cakap dan kalah dalam pertandingan, maka saya sendiri akan ambil tanggungjawab.

Advertisements

“Jurulatih adalah pemimpin, jadi jangan bagi orang lain campur tangan kerja anda. Sebabnya, jika bagi orang lain campur tangan, mereka akan lari dari tanggungjawab bila anda kalah.

“Ini masalah bola sepak Malaysia. Jurulatih bermain politik dan tidak berani berdepan pegawai kerana takut kontrak tidak disambung.

“Mana boleh begitu. Jurulatih boleh dengar cadangan tapi keputusan mutlak adalah miliknya. Mereka jurulatih, bukannya juruletih.” Tambah beliau seperti dilaporkan Majoriti

Advertisements

Isu tangan ghaib ini bukan isu baru malah Lim Teong Kim pernah memberi amaran akan masalah ini beberapa bulan yang lalu dan berharap masalah ini dapat segera diselesaikan kerana ia sudah menjadi barah dalam bola sepak Malaysia..

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram