fbpx

Lim Teong Kim: Ada ‘Tangan’ Masuk Campur Urusan Pemilihan Pemain

Youtube / NFDPMalaysia

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

MakanBola.com, Petaling Jaya – Ketika ditanya mengenai permasalahan campur tangan dalam pemilihan pemain, Lim Teong Kim dengan nada tegas mengakui perkara ini wujud dalam bola sepak Malaysia namun beliau tidak menyebut nama pasukan yang terlibat.

Beliau menyatakan seorang jurulatih harus bebas memiliki kuasa sepenuhnya dalam urusan pemilihan pemain yang diingininya termasuklah kuasa mutlak kepada jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

“Saya harap Tan Cheng Hoe bebas untuk memilih pemain yang dia rasakan layak untuk bermain.”

Baca Juga: 10 Tahun Diperlukan Untuk Bentuk Pemain Muda, LTK

“Saya harap tiada orang yang memberitahunya untuk meletakkan pemain itu dan ini. Berikan dia kebebasan. Tiada siapapun yang boleh masuk campur.”

lim teong kim nfdp 1 Lim Teong Kim: Ada 'Tangan' Masuk Campur Urusan Pemilihan Pemain
Youtube / NFDPMalaysia

“Kamu lantik dia sebagai jurulatih, kamu mesti berikan dia kebebasan untuk bekerja.” Jelas Lim Teong Kim dalam satu temuramah bersama The Bola Show.

“Apabila ada orang yang campur (urusan pemilihan pemain), jika pasukan tewas, dia (orang luar) adalah orang pertama yang akan lari (dari tanggungjawab).”

Baca Juga: Pemain Naturalisasi Yang Bagus Akan Bermain di Brazil atau Argentina

“Pemasalahan ini juga saya tahu ianya berlaku di Malaysia”

“Kamu sebagai jurulatih harus benar-benar tegas”, tambah Lim Teong Kim.

Lim Teong Kim memulakan karier kejurulatihannya bersama Pasukan Junior Bayern Munich pada tahun 2001 sebelum kembali ke Malaysia pada tahun 2013.

Beliau menandatangani kontrak lima tahun bersama Kementerian Sukan sebagai Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) dan turut dilantik sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada tahun 2016.

Video Berkaitan Lim Teong Kim: