Dunia
Lim Teong Kim
Advertisements

Lim Teong Kim yang sebelum ini merupakan Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) percaya bahawa pemain muda perlu diberikan peluang secukupnya.

“Pemain muda adalah masa depan bola sepak Malaysia.”

“Anda boleh lihat kepada Singapura dan Hong Kong, lihat apa jadi kepada dua negara ini.”

Advertisements

“Apabila Singapura menggunakan pemain naturalisasi, mereka memenangi Piala AFF, untuk mereka ianya adalah sesuatu yang bagus, tetapi ianya nothing. Nothing!”

“Kamu tak boleh beri tahu untuk membina sebuah pasukan hanya dalam masa 2-3 tahun. No way!”

“Kamu ingin membina sebuah pasukan (yang hebat)? 10 tahun!”

Advertisements

“Semua pemain muda ini seperti Nazmi Faiz, Akhyar Rashid, Syafiq dan lain-lain. Dion Cools, Matthew Davies dan pertahanan kiri (Corbin-Ong), semasa mereka muda, membina diri di sekeliling selama 10 tahun. Kemudian barulah kamu boleh bercakap berkenaan Piala Asia dan Piala Dunia.”

Lim Teong Kim ketika sedang memberikan tunjuk ajar kepada pemain muda di Malaysia.

“Jangan bercakap berkenaan satu dua tahun, gagal kemudian kamu ubah semuanya. Itu bukan caranya.”

“Jika kamu ingin membina pasukan yang bagus, kamu mesti berikan jurulatih masa yang secukupnya.” Terang Lim Teong Kim kepada The Bola Show.

Advertisements

Lim Teong Kim turut menjelaskan pentingnya bersabar dalam mengejar kejayaan terutamanya dalam membentuk pemain muda.

“Masalah di Malaysia adalah mereka tiada semangat dan inginkan kejayaan segera.”

“Kamu ambil pemain luar (ke dalam skuad kebangsaan) kamu rasa sebab apa?”

Advertisements

“Saya tiada masalah dengan pemain warisan. Ianya baik.”

Lim Teong Kim
Lim Teong Kim Ketika bersama NFDP – Foto Bernama

“Mengapa FAM berikan kerakyatan kepada pemain luar ini? Mereka tidak percaya kepada pemain tempatan kah?”

“Jadilah berani dan katakan aku akan membina pasukan ini dalam masa 10 tahun. Beri peluang kepada pemain muda. Sudah tentu untuk dua tahun kamu akan tewas kerana mereka masih muda.”

“Pemain muda ini kamu asuhlah mereka. Pemain muda seperti Arif Aiman, dia pemain yang bagus kerana dia bermain secara ofensif dan juga Luqman Hakim.”

“Saya kasihan kepadanya, dia bermain di posisi yang berbeza. Dia suka bergerak dan berikannya False 9. Kamu meletakkannya sembarangan, kamu membazirkan bakatnya. Saya melihat dia berlari sebagai pemain pertahanan. Hahaha.” Jelas Lim Teong Kim sambil sedikit ketawa manis.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram