Lion City Sailors Dapat Tiket Khas Ke Shopee Cup
Asia Tenggara
Lion City Sailors FC
Advertisements

Saingan Shopee Cup bakal dimeriahkan dengan kehadiran juara Singapore Premier League (SPL) musim 2021, Lion City Sailors.

Ini selepas kelab yang diberi jolokan The Sailors itu dipilih sebagai wakil Singapura dengan status sebagai pemenang Singapore Cup musim lepas.

Meskipun Albirex Niigata Singapura merupakan pemenang SPL musim 2023, kelab tersebut tidak layak ke Shopee Cup.

Advertisements

Ini kerana kejohanan itu hanya terbuka kepada kelab tempatan saja. Status ini tidak terpakai kepada Albirex kerana pasukan itu ialah pasukan satelit kepada pasukan J1 League, Albirex Niigata.

Bagi kapten The Sailors, Hariss Harun, beliau melihat kejohanan sebegini berupaya menaikkan tahap kelab-kelab ASEAN ke tahap yang lebih tinggi.

“Harapnya, kejohanan ini dapat memberi manfaat dan bola sepak ASEAN akan terus bertambah baik dengan bermain menentang pasukan-pasukan berkualiti tinggi dalam suasana yang kompetitif.

Advertisements

“Akan ada prestij dan kehormatan menjadi kelab utama di rantau (Asia Tenggara) ini, di mana ia boleh diperkukuh sekiranya juara dapat layak ke Piala Kelab Dunia FIFA,” katanya kepada akhbar Singapura, The Straits Times.

Selain Lion City Sailors, Malaysia memiliki dua wakil ke Shopee Cup iaitu KL City FC dan naib juara Piala Malaysia musim 2023, Terengganu FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram