Lionel Messi: Ini Pertarungan Terakhir Saya
MakanBola
Seleccion Argentina
Sponsors

Legenda Argentina, Lionel Messi mengakui tempohnya beraksi di pentas bola sepak elit antarabangsa semakin menghampiri ke penghujung.

Penyerang veteran Inter Miami mengetuai kemaraan La Albiceleste ke final Copa America 2024 selepas menewaskan Kanada 2-0 di peringkat separuh akhir.

Ad

Penyerang muda Manchester City, Julian Alvarez membuka tirai jaringan La Albiceleste pada minit ke-22. Messi melengkapkan kemenangan Argentina dengan gol kedua pada minit ke-51.

Ad

Bekas penyerang Barcelona itu mengakui hari-harinya sebagai tonggak utama Argentina bakal berakhir. Pada masa sama, Messi mahu menikmati setiap saat lebih-lebih lagi dengan La Albiceleste di pentas final.

“Saya sedar bahawa ini merupakan antara beberapa pertarungan terakhir, sebab itulah saya sangat menikmatinya. Mari kita nikmati semua yang kita hadapi dan nikmati sebagai satu pasukan kebangsaan. Bukan mudah untuk mencapai satu lagi aksi final.

Ad

“Kita perlu mengambil kesempatan tentang perkara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah. Ini adalah beberapa pertempuran terakhir saya dan saya perlu menikmatinya,” katanya seperti yang dilaporkan Talksport.

Ad

Messi berpeluang membantu Argentina meraih gelaran juara Copa America 2024 buat kali ke-16 untuk aksi final yang akan berlangsung pada pagi 15 Julai ini.

Ad

Mereka kini menanti sama ada Colombia atau Uruguay sebagai lawan di peringkat akhir. Kedua-dua pasukan bakal bertemu dalam satu lagi aksi separuh akhir pada pagi 11 Julai ini.