Liridon Krasniqi Beri Petanda Mahu Kembali Ke Kedah
MakanBola
Liridon Krasniqi

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi memberi bayangan bahawa beliau masih merindui Kedah Darul Aman.

Tonggak berusia 32 tahun itu kali terakhir beraksi bersama Terengganu FC pada musim lalu sebelum membawa haluan ke Jerman dan Sepanyol.

Beliau beraksi dalam Baller League, sebuah liga bola sepak baru Jerman yang mengetengahkan elemen kemahiran dan hiburan sebagai teras utama.

Bekas jeneral tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu mewakili Gonrgy All Stars. Liga tersebut mendapat sokongan bukan saja penggiat bola sepak Jerman tetapi juga penggiat hiburan.

Antara figura yang menyokong Baller League ialah Lukas Podolski, Mats Hummels, Kevin-Prince Boateng, Max Kruse dan Alisha Lehmann.

Pemain yang mesra disapa Matdon itu bagaimanapun menunjukkan tanda-tanda masih merindui bekas kelabnya itu susulan prestasi hambar yang ditunjukkan Sang Kenari.

Skuad kendalian Nafuzi Zain tewas dua perlawanan pembukaan sungguhpun mencatatkan kemenangan berdepan PDRM pada aksi pertama.

Hal ini membuatkan Matdon risau dengan prestasi bekas kelabnya dan mahu segera kembali memperkuat Kedah.

“Apa sudah jadi? Bila jendela perpindahan berikutnya dibuka?” tanya Liridon pada ruangan komen Kedah.

Pemain kelahiran Kosovo ini pernah beraksi bersama beberapa pasukan seperti Kedah, JDT, Melaka United dan Terengganu di Liga Malaysia.

Jendela perpindahan kedua bermula pada 26 Ogos hingga 28 September 2024.