Liridon Krasniqi Dikesan Beraksi Lincah Di Jerman
Eropah
Liridon Krasniqi
Advertisements

Ramai peminat bola sepak Malaysia merindui kelibat bekas pemain tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi.

Selepas pemain berusia 32 tahun itu meninggalkan skuad Peteh selepas tamat kempen Liga Super musim 2023, beliau kini kembali beraksi di Jerman.

Liridon beraksi dalam Baller League, sebuah liga bola sepak baru Jerman yang mengetengahkan elemen kemahiran dan hiburan sebagai teras utama.

Advertisements

Bekas jeneral tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu mewakili Gonrgy All Stars. Liga tersebut mendapat sokongan bukan saja penggiat bola sepak Jerman tetapi juga penggiat hiburan.

Antara figura-figura yang menyokong Baller League ialah Lukas Podolski, Mats Hummels, Kevin-Prince Boateng, Max Kruse dan Alisha Lehmann.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Liridon turut memuatnaik video sorotan permainan dan aktiviti yang dilakukannya bersama Gonrgy All Stars.

Advertisements

Ramai peminat bola sepak negara kagum melihat video tersebut kerana ini menunjukkan sentuhan Liridon masih berbisa.

Mengikut kedudukan liga ketika ini, Gonrgy All Stars berada di tempat kelapan dengan tujuh mata selepas lima perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram