Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Biarpun keputusan seri 2-2 telah dicatatkan Terengganu FC ketika berkunjung ke Stadium Darul Makmur menentang Sri Pahang FC semalam, namun pemain yang menjadi tumpuan adalah pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi.

Umum mengetahui, Liridon mempunyai kelebihan dalam melakukan hantaran lolos yang baik suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, magisnya semakin pudar selepas beliau kerap bertukar pasukan.

Pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menerima pujian yang hebat dari beberapa penyokong Terengganu yang menganggap bahawa magis Liridon sudah kembali. Pada aksi semalam, Liridon acap kali melepaskan hantaran lolos yang berjaya memerangkap pertahanan lawan.

Advertisements

Gandingannya bersama pemain import dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov dilihat serasi dengan kedua-dua mereka menggerakkan bahagian tengah Terengganu dengan sangat cemerlang.

Hasil tinjauan Makanbola di ruangan komen media sosial Terengganu FC, rata-rata penyokong berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan Liridon untuk aksi semalam. Malah ada penyokong yang melihat Liridon sebagai pemain terbaik perlawanan.

Pujian Liridon Liridon Krasniqi Kembalikan Magis
Antara puijan penyokong Terengganu terhadap Liridon.

Untuk rekod, Liridon sudah diturunkan dalam 21 perlawanan dalam kesemua pertandingan dengan beliau sudah meledak satu gol serta menyumbang satu bantuan gol. Satu bantuan gol yang dihasilkan Liridon adalah pada perlawanan Sri Pahang semalam.

Advertisements

Terengganu kini berada di tangga ke-6 Liga Super. Walaupun sukar buat Terengganu untuk terus mendaki kedudukan liga, mereka masih lagi mempunyai dua kejohanan yang masih berjalan iaitu Piala Malaysia serta Piala AFC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram