Liga Super: Sri Pahang Pamer Kebangkitan Luar Biasa Sebelum Ikat Terengganu
MakanBola
Terengganu FC

Hasrat Terengganu FC untuk terus mendaki kedudukan Liga Super semakin pudar apabila diikat 2-2 oleh tuan rumah, Sri Pahang pada aksi di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Terengganu yang tidak menurunkan beberapa tonggak utama seperti Ivan Mamut dan Sony Norde dilihat memulakan perlawanan dengan penguasaan bola yang baik.

Ad
Advertisement

Selepas beberapa kali melancarkan serangan ke kubu Sri Pahang, Terengganu akhirnya di hadapan pada minit ke-25 melalui pemain import mereka, Omid Nazari yang menanduk sepakan sudut dari Liridon Krasniqi.

Ad

Tersentak dengan jaringan itu, Sri Pahang menggandakan asakan terutamanya melalui duo serangan dari Brazil, Lucas Silva dan Rafael Silva. Namun kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisement

Bersambung babak kedua, Sri Pahang menggandakan asakan dengan peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-52 melalui rembatan jarak jauh Zuhair Aizat namun sedikit tersasar.

Dalam kesibukan Sri Pahang menyerang, Terengganu berjaya mengambil kesempatan dengan menambah jaringan pada minit ke-72 melalui sepakan percuma Omid Nazari yang terus menerjah jaring. Terengganu di hadapan 2-0.

Ad
Advertisement

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pada minit ke-78, Sri Pahang berjaya merapatkan jurang melalui percubaan lencong Rafael Silva yang menewaskan Rahadiazli di gawang Terengganu.

Ad

Sri Pahang terus menggandakan asakan ke kubu Terengganu. Usaha mereka akhirnya terbalas apabila kapten pasukan, Sergio Aguero berjaya meledak pada minit ke-80 melepaskan rembatan lencong seakan-akan sama dengan jaringan Rafael Silva sebentar tadi. Kedudukan terikat 2-2.

Advertisement

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan dengan satu mata dikongsi kedua-dua pasukan. Terengganu kekal di tangga keenam manakala Sri Pahang juga kekal di tangga ke-4 liga.

Advertisement