Perancang tengah negara, Liridon Krasniqi memberi bayangan 4 kelab baharu bakal menjadi destinasi barunya.
Pemain berusia 32 tahun itu melalui tempoh turun naik bersama Terengganu FC namun berjaya membantu pasukan untuk mara ke final Piala Malaysia 2023.
Beliau juga memainkan watak penting di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner sungguhpun berdepan saingan sengit untuk mengemudi jentera tengah.
Liridon sah meninggalkan JDT apabila kontraknya sudah tamat akhir November lalu namun memilih untuk tidak kekal bersama skuad Peteh.
Menerusi satu pertanyaan di laman Instagram Storynya, bekas pemain Kedah Darul Aman itu meminta pandangan netizen tentang destinasi barunya.
4 kelab menjadi pilihan termasuklah Selangor, Sri Pahang, KL City dan juga bekas kelabnya, Kedah Darul Aman.
Rata-rata peminat bola sepak tanah air memilih untuk melihat beliau kembali beraksi bersama Sang Kenari bagi musim 2024/25.

Ketika ini, Liridon beraksi dalam Baller League, sebuah liga bola sepak baru Jerman yang mengetengahkan elemen kemahiran dan hiburan sebagai teras utama.
Liridon menikmati tempoh hebat bersama Kedah bermula pada tahun 2015 hingga 2018 selain memainkan peranan sebagai pemain naturalisasi negara.