Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) kembali lagi bagi meraikan pemain-pemain yang mempamer aksi cemerlang pada musim 2024-2025.
Acara tahunan berprestij bola sepak Malaysia itu diadakan bagi mengiktiraf pencapaian penggiat bola sepak tanah air terutama buat pemain dan jurulatih Liga Malaysia (Liga M) sepanjang musim.
ABK 2024-25 menyaksikan kategori Penyokong Terbaik kembali dipertandingkan dalam ABK24-25. Ini sebagai pengiktirafan kepada penyokong pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga M.
Tumpuan pastinya terarah kepada pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi. Ini kerana bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu merupakan Pemain Paling Bernilai (MVP) selama tiga tahun berturut-turut.
Senarai Pemenang ABK 2023
Pemain Paling Bernilai (MVP) – Arif Aiman Hanapi (JDT).
Jurulatih Terbaik – Tan Cheng Hoe (Selangor FC).
Penjaga Gol Terbaik – Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (JDT).
Pertahanan Terbaik – Azam Azmi Murad (Terengganu FC).
Pemain Tengah Terbaik – Afiq Fazail (JDT).
Penyerang Terbaik – Arif Aiman Hanapi (JDT).
Pemain Import Terbaik – Bergson Da Silva (JDT).
Pemain Muda Terbaik – Arif Aiman Hanapi (JDT).
Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 – Arif Aiman Hanapi (JDT).
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super – Arif Aiman Hanapi (JDT)/Faisal Halim (Selangor).
Penjaring Terbanyak Liga Super – Ayron Del Valle (Selangor).
Pasukan Terbaik – JDT.
Anugerah Fair Play – Terengganu FC.
Pemain Terbaik Piala MFL – Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC).
Penjaring Terbanyak Piala MFL – Ebenezer Assifuah (Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B
Info Siaran Langsung ABK 2024-2025
Tarikh: 23 April 2025 (Rabu)
Masa: 8.30 Malam
Siaran Langsung: Astro Arena.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.