Advertisement
Live: Info Siaran Langsung Selangor vs Jeonbuk Hyundai, Kesebelasan Utama & Siaran TV ACL2
Live
MakanBola
Wan Adam

Aksi ACL2 antara Selangor dan juga wakil Korea, Jeonbuk Hyundai mencuri tumpuan.

Pengendali Jeonbuk Hyundai, Kim Do-heon waspada dengan ancaman trio import pasukan iaitu Alvin Fortes, Ronnie Fernandez dan juga Ali Olwan.

Do-heon percaya ketiga-tiga pemain ini mampu memberi ancaman kepada barisan pertahanan Jeonbuk.

Atas sebab itu, beliau mahu barisan anak buahnya menunjukkan prestasi terbaik bila kedua-dua pasukan bertemu nanti.

“Kita tahu Selangor memiliki pemain-pemain import berkualiti. Pemain antarbangsa Jordan (Ali Olwan) di bahagian (sayap) kiri, seorang lagi dari Venezuela (Ronnie Fernandez) dan pemain yang beraksi di sebelah kanan (Alvin Fortes) pernah beraksi untuk Feyenoord di Belanda. 

“Mereka memiliki kualiti dan perwatakan tersendiri. Mereka mampu memberi tekanan terutama di bahagian hadapan dan sayap serta dari bahagian belakang. 

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil pula mengesahkan bahawa pasukannya kini berada dalam keadaan baik sejak berkumpul semula dan amat teruja untuk berdepan Jeonbuk yang dilihat sebagai pasukan pilihan.

”Persiapan Selangor seperti biasa sejak pulang dari tugasan antarabangsa dan kami berasa teruja untuk bertemu gergasi Korea ini yang sangat konsisten” kata Nidzam di sesi sidang media.

Kesebelasan Utama Selangor vs Jeonbuk Hyundai

Info Siaran Langsung Selangor vs Jeonbuk Hyundai

Tarikh: 23 Oktober 2024 (Rabu)
Masa: 8 Malam
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.