Live: Jadual Aksi Malaysia Di Hari Pertama & Siaran TV Piala Asia Sepak Takraw
MakanBola
Persatuan Sepak Takraw Malaysia
Sponsors

Malaysia bakal membuka kempen Piala Asia Sepak Takraw bagi kategori Quadrant dan Doubles pada Sabtu.

Saingan Piala Asia Sepak Takraw akan membuka gelanggang pada Sabtu ini membabitkan kategori Quadrant dan Doubles.

Ad
Sponsors

Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Aidil Aiman Azwawi dan juga Muhammad Redhwan Hakim Muhammad bakal membawa nama negara bagi kategori Doubles ini.

Ad

Malaysia akan menentang Nepal terlebih dahulu dalam aksi pertama kumpulan B sebelum turun berdepan jaguh dunia, Thailand dan Chinese Taipei pada pusingan awal Doubles ini.

Skuad Quadrant negara yang dibarisi oleh Amirul Zazwan Amir, Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Fetri Azwadi, Zarif Marican Ibrahim Marican dan Norfaizzul Abd Razak.

Ad

Skuad negara yang diundi di dalam kumpulan B akan berdepan cabaran China terlebih sebelum menentang dua lagi negara iaitu Jepun dan Filipina untuk lengkapkan aksi di pusingan awal ini.

Ad

Jadual Aksi Skuad Malaysia Pada Hari Pertama

Ad

Malaysia vs Nepal | Doubles | 2 petang.
Malaysia vs China | Quadrant | 3.30 petang.
Malaysia vs Filipina | Quadrant | 8.00 malam.
Malaysi vs Thailand | Doubles | 9.30 malam.

Info Siaran Langsung Skuad Malaysia Pada Hari Pertama

Tarikh: 10 Mei 2025 (Sabtu).
Masa Mula: 11 pagi .
Venue: Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: Astro Arena & Facebook Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments