Thailand Muncul Juara Piala Dunia Sepak Takraw, Sekat Hajat Malaysia
UltraSukan
UltraSukan
Persatuan Sepak Takraw Malaysia
Advertisements

Thailand muncul juara acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menewaskan Malaysia di pentas final hari ini.

Selepas berjaya meraih gelaran juara acara double dan regu, Malaysia kini memburu gelaran juara acara berpasukan bagi melengkapkan dominasi mereka.

Advertisements

Sementara Thailand melihat final ini sebagai peluang untuk membalas dendam selepas tewas dalam final acara double dan regu.

Jurulatih Malaysia, Ahmad Jais Baharun memberi kepercayaan kepada Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias sebagai regu pertama.

Advertisements

Sementara jurulatih Thailand, Prawet Intra pula mempertaruhkan gandingan Siriwat Sakha sebagai tekong dengan Poramet Sirismat (feeder) dan Varayut Jantarasena (striker).

Set pertama menyaksikan pada awalnya, beberapa kesilapan yang dilakukan regu negara menyebabkan Thailand mendahului pada kedudukan 9-4. Kelebihan itu terus dipertahankan Thailand sebelum menang set pertama dengan keputusan 15-9.

Advertisements

Set kedua menyaksikan servis Syahir dan libasan Azlan menjadi mimpi ngeri kepada regu Thailand. Ini membuka peluang buat skuad negara meraih kemenangan set kedua dengan 15-11.

Set penentuan menyaksikan Thailand pada awalnya mendahului pada kedudukan 9-5. Regu negara kemudiannya berjaya mengejar sebelum mengikat kedudukan 10-10.

Advertisements

Meskipun kedua-dua regu terus bersaing sengit mendapatkan mata, mata pertama menjadi milik Malaysia dengan kemenangan set ketiga menerusi keputusan 15-13.

Malaysia menurunkan gandingan Noraizat Nordin, Amirul Zazwan Amir dan Haziq Hairul Nizam sebagai regu kedua. Sementara Thailand pula membawa masuk Kritsanapong Nontakote, Wichan Temkort dan Pichet Pansan.

Regu kedua Thailand kelihatan terlalu ampuh dan sukar ditandingi oleh regu negara. Ini membolehkan mereka mengikat kedudukan 1-1 dengan kemenangan 15-8, 15-5.

Advertisements

Dengan mata terikat 1-1, kedua-dua negara kini mengharapkan regu ketiga untuk menghadiahkan mata kemenangan.

Malaysia menurunkan Aidil Aiman Zawawi, Zuhri Zain dan Baihakki A’ripin. Manakala Thailand pula menurunkan Pornthep Timbangbon, Marukin Phanmakon dan Tanaphong Sapyen.

Advertisements

Melihat Malaysia ketinggalan pada kedudukan 8-10 pada set pertama, Ahmad Jais memasukkan Shahalril Aiman dan Zarif Marican Ibrahim Marican untuk menukar momentum.

Perubahan itu tidak menghalang Thailand untuk meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 15-12. Meskipun diberi tentangan oleh regu negara, Thailand kekal fokus dan menguasai set kedua menerusi keputusan 15-12.

Advertisements

Kejayaan 2-1 ini memastikan Thailand mempertahankan gelaran juara dunia berpasukan yang diraih dalam Piala Dunia Sepak Takraw edisi 2022. Meskipun tewas, ini langsung tidak memadamkan kejayaan Malaysia bergelar juara dunia untuk acara double dan regu.

News Comments Account