Live: JDT II vs Penang II, Kesebelasan Utama & Siaran TV Piala MFL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi minggu terakhir Piala MFL menjadi tumpuan melibatkan pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) II vs Penang II pada Isnin.

Kempen Piala MFL 2024-2025 semakin hampir ke kemuncak dengan 6 aksi terakhir akan berlangsung serentak pada Isnin untuk menentukan kedudukan akhir saingan bagi musim kali ini.

Ad

Tumpuan pastinya tertumpu kepada perlawanan antara JDT II berdepan Penang II di Stadium Sultan Ibrahim ketika pasukan muda Harimau Selatan ketika ini mendahului carta Piala MFL.

Ad

Pencabar terdekat JDT II, Selangor pula hanya satu mata di belakang dan akan turun menentang Kedah Darul Aman B dalam satu lagi aksi yang berlangsung serentak di Stadium MBPJ.

Kemenangan pastinya mengesahkan gelaran juara buat JDT II ketika mana Penang berdepan misi getir beraksi di hadapan penyokong lawan setelah kemarau kemenangan dalam 3 aksi terakhir.

Ad

Kesebelasan Utama JDT II vs Penang II

Ad

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Ad

Info Siaran Langsung JDT II vs Penang II

Tarikh: 14 April 2025 (Isnin).
Masa: 8.15 malam.
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments