Live: JDT vs Kelantan DN, Kesebelasan Utama & Siaran TV Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Satu lagi baki aksi Liga Super bagi minggu ke-24 akan berlangsung pada Khamis melibatkan pertemuan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Kelantan Darul Naim.

Pertembungan yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim ini bakal salah satu ujian terakhir JDT dalam saingan Liga Super tatkala musim 2024-2025 sudah kian hampir ke penghujung.

Skuad Harimau Selatan yang sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super akan melayani kunjungan kelab tercorot, Kelantan DN dengan di atas kertas jelas kelebihan memihak buat tuan rumah.

Ad

Malah, Kelantan DN turut berdepan kemelut prestasi pada musim ini selain kehilangan beberapa tonggak utama oleh kerana masalah tunggakan gaji yang membelenggu pasukan.

Ad

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada 22 September lalu dalam saingan Liga Super yang menyaksikan JDT meraih kemenangan besar 6-1 hasil jaringan hatirik oleh Bergson.

Kesebelasan Utama JDT vs Kelantan DN

Ad
Ad

Info Siaran Langsung JDT vs Kelantan DN

Tarikh: 10 April 2025 (Khamis).
Masa: 8.15 malam.
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments