Aksi ke-20 Liga Super melibatkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) vs PDRM FC.
Skuad kendalian Hector Bidoglio terus cemerlang apabila masih tidak tewas dalam mana-mana aksi liga sehingga kini.
The Kops bagaimanapun memiliki reputasi baik berdepan skuad Harimau Selatan apabila mencuri satu mata hasil keputusan seri 1-1 pada aksi Julai lalu.
JDT kini selesa mendahului saingan Liga Super dengan 52 mata sementara PDRM berada pada kedudukan ke-7 dengan 21 mata selepas 17 perlawanan.
Kesebelasan Utama JDT vs PDRM
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung JDT vs PDRM
Tarikh: 6 Februari 2025 (Rabu)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Siaran Langsung: Sukan RTM
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.