Live: Kedah vs JDT, Kesebelasan Utama & Siaran TV Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Perlawanan tunggal yang berjalan pada Sabtu membabitkan pertemuan antara Kedah vs Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi tertunda Liga Super.

Setelah berehat hampir 10 hari bagi memberi laluan kepada aksi pasukan kebangsaan, kini saingan Liga Super kembali bersambung melibatkan satu perlawanan antara Kedah vs JDT.

Kedah yang berada di tangga ke-11 liga berdepan kemelut prestasi apabila masih gagal meraih kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir, mencetuskan kerisauan apabila turun berdepan JDT.

Ad

Sementara skuad bimbingan Hector Bidoglio pula membawa pasukan terbaik untuk pertemuan di Stadium Darul Aman ini dengan pemain-pemain kebangsaan sudah kembali bersama rakan sepasukan.

Ad

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika aksi Liga Super yang menyaksikan JDT menang 6-0 hasil hatrik Bergson dan satu gol menerusi Murillo, Feroz Baharuddin dan Afiq Fazail.

Kesebelasan Utama Kedah vs JDT

Ad
Ad

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Ad

Info Siaran Langsung Kedah vs JDT

Tarikh: 29 Mac 2025 (Sabtu).
Masa: 10 malam.
Venue: Stadium Darul Aman.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments