Liga Super: JDT Pesta Gol Benam Kedah Darul Aman
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi Liga Super antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kedah Darul Aman memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 6-0.

Perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan skuad Harimau Selatan membuka tirai jaringan menerusi rembatan kencang Bergson Da Silva seawal minit ke-7.

Advertisements

Usaha itu diteruskan oleh JDT apabila penyerang Brazil itu sekali lagi membolosi gawang Kalamullah Al-Hafiz menerusi satu lob ke bahagian penjuru gol pada minit ke-35.

Aksi babak pertama memihak tuan rumah 2-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, anak didik Hector Bidoglio kelihatan tidak mengendurkan asakan untuk mencari jaringan ketiga.

Advertisements

Usaha itu berhasil apabila Bergson melengkapkan hatrik pada minit ke-65 setelah berjaya menyelinap masuk sebelum melepaskan sepakan kencang.

Tiga lagi jaringan menyusul menerusi rembatan Murilo Henrique, Feroz Baharudin dan juga Afiq Fazail untuk melengkapkan pesta gol JDT.

Advertisements

Tambahan masa 6 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan yang memihak kepada JDT.

JDT akan ke Ipoh bagi menentang Perak pada 17 Ogos 2024 manakala Kedah melayan kunjungan Negeri Sembilan pada hari yang sama.

Advertisements

News Comments Account